“Itu Makan Dia, Kan Dah Kena” – Zul Kelantan Sound Pedas Kat Ebit Lew Sekali Lagi. Betul-betul Melampau
Tiga orang pasukan media penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew terlibat dalam kemala.ngan di Tol Jalan Duta malam tadi.
Perkara itu disahkan oleh Ebit sendiri menerusi hantaran yang dimuatnaiknya di laman Facebook kira-kira tujuh jam lalu.
“Tadi kami empat kereta ke Penang membantu abang sekeluarga yang lapan bulan tidur dalam kereta. Semasa sama-sama balik ke KL. Betul-betul lorong kanan Touch N Go lepas Tol Jalan Duta. Tiba-tiba ada kereta dari kiri uturn ke kanan.
“Ada sign (petunjuk) tidak boleh uturn. Estima mereka cuba elak kereta uturn menyebabkan melanggar divider tengah jalan,” katanya.
Ebit berkata, tiga orang pasukan medianya itu sehingga kini masih dirawat di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.
“Sekarang saya di Hospital Gleneagles menanti ketiga-tiga team buat imbasan Tomografi Berkomputer (C.T Scan). Doakan semuanya baik dan selamat. Doakan Teyha, Azrin dan Ijad semuanya selamat dan baik-baik ajer. Sedih dengar mereka mengerang sa.kit,” tambah beliau.
Lelaki Ini ‘Gembira’ Krew Ebit Lew Kemal4ngan
Lelaki bernama Zul Hafiz Paday masih tidak berpuas hati dengan Ustaz Ebit Lew. Baru baru ini kecoh di media sosial di mana dia dengan lantang dan berani mengkritik Ebit Lew kerana dikatakan tidak ikhlas dan riak ketika membantu orang susah.
Sudah semestinya semua tidak menyokong apa lelaki ini cakap, beribu komen lelaki ini terima di facebook dia sendiri tetapi dia tetap dengan pendirian bahawa Ebit Lew bukan seorang yang ikhlas.
Selepas berita kemal4ngan krew Ebit Lew semalam, dia memuat naik satu status yang agak biadap.
Sumber : Malaysia Gazette via AwattSyeikhhh Network
