Bakal Pengantin Lelaki Dijadual Bernikah Hari Ini Dikhuatiri Lem4s. Adik Ceritakan Apa Yang Dia Nampak


Seorang bakal pengantin lelaki yang dijadual bernikah pada pagi ini dikhuatiri lem4s selepas mandi di Pantai Kelulut di sini semalam.

Dalam kjdian pada pukul 6.40 petang itu, Naim Hariri Kamaruddin, 31, dikatakan telah ditarik ombak besar ketika mandi di pantai berkenaan.

Difahamkan mngsa yang bakal bernikah dengan pasangannya, Fatin Nabilah Huda Ismail, 27, menginap di sebuah resort tidak jauh dari

Pantai Kelulut bersama ahli keluarga yang berasal dari Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur sejak kelmarin.

Bapa bakal pengantin perempuan, Ismail Awang, 61, berkata, Naim Hariri dan anak perempuannya dijadual bernikah di kediamannya di

Kampung Surau Haji Mat Zin, Bukit Payong, Marang pada pukul 10 pagi ini.

” Saya sedang memasang khemah untuk majlis pernikahan tersebut sebelum dimaklumkan anak saya (Fatin Nabilah Huda) tentang kjdian menimpa tunangnya.

” Kami bergegas ke lokasi kjdian sejurus selepas solat Maghrib dan bertemu dengan keluarga bakal besan.

” Mereka sampai di sini pada Khamis lagi dan segala persiapan sudah dibuat,” katanya ketika ditemui di lokasi kjdian di sini hari ini.

Ismail memberitahu, anak perempuannya, Fatin Nabilah Huda dan Naim Hariri telah bertunang sebulan lalu setelah berkenalan sejak beberapa tahun.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd. Zain Mat Dris berkata, operasi mencari dan menyelamat yang dihentikan sementara pada tengah malam tadi masih belum dapat menemui mngsa.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat yang akan dimulakan kembali pada pukul 8 pagi ini akan memberi fokus kepada kawasan pesisir pantai dengan keluasan sehingga tiga kilometer dari lokasi mngsa hilang.

” Keadaan laut yang bergelora dan ombak kuat merupakan cabaran besar dalam usahan untuk mencari dan penyelamat mngsa ini.

” Sebelum ini, orang ramai telah diingatkan agar menjauhi kawasan pantai di Terengganu sepanjang musim tengkujuh ini kerana ia tidak selamat untuk sebarang aktiviti air,” katanya.

Mohd Zain turut memberitahu, hasil maklumat awal di lokasi, mngsa mandi di pantai berseorangan kira-kira jam 6.40 petang sebelum beberapa minit kemudian, adik perempuannya, Suti Nur Atiqah Kamaruddin yang semasa itu berada terlihat mngsa terkapai-kapai dan menjerit meminta tolong.

” Tetapi, semasa kjdian, keadaan ombak kuat dan adiknya tidak dapat membantu. Mngsa terus dibawa arus ombak dan hilang dari pandangan,” katanya dalam satu kenyataan media dikeluarkan Jumaat.

Penduduk beritahu sebelum ini banyak berlaku kjdian lem4s di situ

Sementara itu menerusi ruangan komen, segelintir penduduk tempatan mengatakan pantai tersebut sering berlaku kjdian lem4s sebelum ini.

” Pantai ni memang selalu berlaku kjdian lem4s sebelum2 ni..orang kampung memang tak berani nak turut nak2 tgh musim tengkujuh ni ombak kuat,” tulis Din.