Rupanya Ibu Mertua Syafiq Bergurau, ‘Aisy Mahu Ikut Mak Tok’. Tak Sngka Gurauan Itu Betul-Betul Jadi Nyata
Ahad lalu, khabar dvka diterima terutama kepada peminat bola sepak tempatan apabila pemain skuad Kebangsaan, Muhammad Syafiq Ahmad terbabit dalam kmIngan yang meragvt nywa bayi kecilnya.
Syafiq yang juga peny3rang pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) turut kehilangan ibu mertua dan pembantu rumah dalam kmIngn trag1s itu.
Sementara itu, arwh ibu mentua Syafiq dikatakan ada memuatnaik status di Facebook sebelum kjdian itu berlaku.
” Semoga dipermudahkan perjalanan kami sekeluarga balik Kedah, Amin.”
Demikian status yang dimuat naik oleh Allahyrham Zainab Ahmad, 45, ibu mentua Syafiq Ahmad sebelum m4ut dalam kmIangan di Kilometer 163.6, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Sungai Bakap, Nibong Tebal, Pulau Pinang semalam.
Perkara itu dikongsikan oleh Zaiton Mat Rashid, 48, anak saudara kepada Zainab Ahmad.
Menurutnya, ibu saudaranya itu dipercayai memuat naik status itu sebelum bertolak pulang ke Pendang dari Johor Bahru kira-kira jam 10.40 malam, Sabtu lalu.
” Saya memang tidak sabar untuk menunggu kepulangan mak su (Zainab) bersama cucu lelaki terbaharunya, tetapi mereka pulang sebagai jnzah,” katanya ketika ditemui Utusan di rumahnya di Kampung Padang Pusing di sini semalam.
Gurauan terakhir ibu mertua Syafiq
Selain itu, menurut Zaiton, Muhammad Syafiq ada menceritakan kepada ahli keluarga di sini semalam arwh ada bergurau dengan cucu sulungnya, Aaira Nur Safiyya, 2, sebelum bertolak ke Pendang.
” Arwh melawak dengan berpesan supaya Aaira duduk baik-baik dengan ibu dan abah sebab b4by (Muhammd Aisy Saqeef) nak ikut mak tok.
” Kemudian pembantu rumah yang turut meninggI dalam kjdian itu menyampuk yang dia pun mahu ikut mak tok,” katanya.

Dalam kmIngan kira-kira jam 4 pagi itu, tiga dilaporkan terbvnuh iaitu bay1 lelaki Muhammad Syafiq yang berusia 22 hari, Muhammad Aisy Saqeef; ibu mentuanya, Zainab, 45, dan wanita warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an.
Muhammad Syafiq, 25, yang juga peny3rang muda Johor Darul Ta’zim (JDT) dan anak perempuannya, Aaira Nur Safiyya berusia dua tahun hanya ced3ra ringan.
Sementara itu, isteri Muhammad Syafiq, Nur Amalina Norain kini dalam keadaan stabil selepas menjalani pembdahan di bahagian perut di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini.
Nur Amalina sebelum itu dipindahkan dari Hspital Sungai Bakap (HSB) ke HSJ di sini selepas mengadu sak1t di bahagian prut dan belakang anggota badannya akibat kmIangan berkenaan.
Bapa Muhammad Syafiq, Ahmad Ibrahim, 56, berkata, hajat untuk memindahkan Nur Amalina dan Aaira Nur Saffiyya mendapatkan rwatan lanjut di sebuah hspital swasta ditangguhkan buat masa ini susulan pembdahan berkenaan.
” Saya bersyukur kerana semuanya berjalan lancar dan kami sedang menunggu keputusan pakar-pakar lain berhubung keadaan kesihatan Nur Amalina, ” katanya kepada Utusan.
Mengenai keadaan terkini Muhammad Syafiq, Ahmad memberitahu, anaknya itu kini mula berkomunikasi seperti biasa selepas kelihatan agak murvng dan tidak bermaya sejak semalam.
Sumber via Asiakini
