Doa Bila Ada Kehilangan Barang Dan Kita Mahu Ianya Dikembalikan, Kisah Benar
Bismillahirrahmanirrahim…Kecurian barang mungkin sudah biasa sangat di zaman sekarang.
Nak diceritakan dulu-dulu saya ketika di asrama selalu juga terkena. Selipar hilang selesai solat berjemaah di surau, kain baju yang disidai di ampaian dan barang-barang peribadi hilang di dorm dianggap asam garam biasa di asrama.
Semasa saya mula menyewa di Kuala Lumpur pun, saya pernah mengalaminya dan amat saya terkilan, Dompet yang dicuri (ya, dicuri oleh penghuni dalam rumah itu sendiri) di dalam dompet mengandungi hampir separuh gaji saya yang dikeluarkan untuk membayar hutang, kad-kad bank, kad pengenalan dan yang paling saya tak halalkan ialah rantai leher saya pemberian emak yang putus menunggu dibawa ke kedai emas untuk dibetulkan.

Hingga ketika sekarang pun, setiap kali saya teringat rantai emas itu, saya akan berasa amat bersalah dengan emak dan terdetik-detik nama dan wajah orang yang mengambil itu. Allahu.
Bukanlah saya tak redha…Tapi perbuatan itu sangat bodoh dan orang yang tak tahu dosa pahala je yang sampai hati buat macam tu.
Saya pe
