Petugas Kesihatan Rebah Dan Pergi Menghadap Illahi Lepas Hantar Pesakit Covid 19. Tergamam Ini Punca Pemergiannya Buat Ramai Tak Sangka.
Pandemik Covid-19 yang melanda negara ketika ini sememangnya amat membimbangkan. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran gelombang ketiga yang lebih ‘menggla’ sehingga kes positif harian mencecah empat angka. Sudah pasti petugas barisan hadapan mengalami kepenatan yang berganda memandangkan perlu kembali mengawal penularan ini daripada terus merebak.
Namun, siapa sangka, dalam kekalutan mereka memberikan perkhidmatan yang terbaik, ada di antara mereka ‘gugur’ ketika sedang bertugas. Menerusi satu perkongsian tular di media sosial pagi tadi, seorang petugas kesihatan yang juga pemandu ambulans telah rebah dan pergi menghadap illahi.
Ahmad Zamri Sulaiman, 54 pergi menghadap illahi dipercayai kerana terlampau penat selepas menghantar pesakit Covid-19 ke hospital. Namun begitu, belum ada sebarang kesahihan berkenaan berita tersebut dan hanya tular di media sosial.
Walau bagaimanapun, perkara tersebut pastinya mendukacitakan kerana seorang pentugas barisan hadapan telah tumbang ketika khidmatnya masih diperlukan. Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah tinggalkan komen diruangan Facebook sumber dengan menitipkan salam takziah buat ahli keluarga mangsa dan mendoakan semoga frontliners tersebut ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: Viral Perak



