MP Bintulu Tvduh KP Kesihatan Takvt M4ti, Sekali Dr Noor Hisham Jawab Balik
Dewan Rakyat bertukar kecoh seketika hari ini setelah berlaku pertikaman lidah di antara Anggota Parlimen Bintulu, Tiong King Sing dan Anggota Parlimen Jelutong, RSN Rayer.
Ia bermula selepas Tiong mengeluarkan kenyataan yang menyifatkan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah “takut m4ti” kerana tidak hadir sendiri ke Sabah untuk melakukan pengawasan w4bak Covid-19 di negeri itu.
Dr Noor Hisham jawab dakwaan takut m4ti – “Kem4tian itu berlaku di mana-mana, yang penting niat”
KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah tampil mengulas dakwaan seorang ahli Parlimen yang menyatakan beliau takut m4ti kerana tidak turun padang di Sabah ketika pandemik Covid-19.
“Tidak timbul isu kita takut mati. Sebagai orang Islam, kita terima kematian itu berlaku di mana-mana, bukan hanya turun padang atau tidak.
“Jadi, apa yang penting adalah kita pasangkan niat kita untuk melaksanakan tugas.
“Niat kita adalah untuk memutuskan rantaian Covid-19 dalam negara kita. Dan inilah tujuan utama untuk kita.
“Kita boleh berselisih pendapat, tetapi yang pasti apa yang kita laksanakan ialah untuk memutuskan jangkitan Covid-19 supaya kita dapat selamatkan negara kita daripada peningkatan kes Covid-19 dan juga kadar kematian,” katanya pada sidang media.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing yang mempersoalkan mengapa Dr Noor Hisham tidak turun padang di Sabah yang mencatatkan peningkatan kes Covid-19 di negeri itu.
Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat perancangan yang khusus untuk Sabah ketika pandemik Covid-19.
“Saya turun padang di Sabah pada akhir Ogos lalu bagi meninjau kesiapsiagaan kita, melihat kepada pilihan raya negeri (PRN) Sabah,” katanya.
Beliau turut mengarahkan timbalannya, Datuk Dr Chong Chee Keong untuk ke Sabah pada minggu lalu, termasuk Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Jamilah Mahmood juga turut sama ke Sabah dua minggu lalu bagi meninjau tindakan pengurusan KKM terhadap Covid-19 di negeri itu.
Terdahulu, King Sing ketika sesi lisan membahaskan berkaitan usaha memer4ngi pandemik Covid-19 di kawasan Sabah dan Sarawak, di Dewan Rakyat mendakwa Ketua Pengarah Kesihatan takut mati.
“DG (Ketua Pengarah Kesihatan) hari-hari buat berita, bagi ‘Office Boy’ (budak pejabat) boleh baca. Kenapa dia tidak turun padang?
“Macam di Kota Kinabalu, Sabah begitu teruk pandemik Covid-19. Kenapa dia tidak melawat setiap hospital dan hospital sementara, pergi tengok, berbincang dan beri sokongan m0ral kepada frontliners.
“Jangan hantar doktor, jururawat saja pergi sebab itu orang (frontliners) tidak takut m4ti, tapi DG takut m4ti. Timbalan DG pun tak pergi,” katanya.
Shahidan bela MP Bintulu, dakwa hanya sampaikan suara pihak lain
Kenyataan Ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing mengenai Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah ketika perbahasan di Dewan Rakyat hari ini bukanlah kenyataan peribadinya.
Sebaliknya, Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) Shahidan Kassim berkata Tiong hanya menyuarakan kenyataan daripada pihak lain yang disampaikan kepadanya.
Hal itu, kata Shahidan, sama sekali tidak menggambarkan ahli parlimen dari Sarawak terbabit merendahkan pegawai kerajaan yang sedang berjuang memer4ngi Covid-19 di negara ini.
“Kenyataan itu bukan dia kata, orang yang kata mengapa DG (Dr Noor Hisham) tidak turun padang, DG takut matikah? Ia mungkin bahasa tempatan (Sarawak) yang mungkin tidak bermaksud begitu pun,” katanya kepada pemberita di bangunan parlimen hari ini.
Terdahulu, suasana persidangan Dewan Rakyat kecoh apabila kenyataan “DG (Ketua Pengarah Kesihatan) takut mati” dikeluarkan Tiong pada sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021.
Tiong ketika membahaskan rang undang-undang itu mempersoalkan mengapa Dr Noor Hisham tidak turun padang untuk melihat sendiri situasi Covid-19 di lapangan, sebaliknya hanya membuat sidang media setiap hari melalui siaran langsung di televisyen.
Kenyataan itu menyebabkan RSN Rayer (PH-Jelutong) bangkit dan meminta Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azalina Othman Said untuk tidak membenarkan Tiong menghentam Noor Hisham dan mahu kenyataan itu ditarik balik.
Shahidan bagaimanapun menyifatkan tindakan ahli parlimen pembangkang itu sebagai mengambil kesempatan dan sebaliknya mendakwa tiada sebarang tindakan diambil ketika PH memerintah sewaktu Covid-19 mula melanda negara.
“Sebaliknya Menteri Pelancongan (pada masa itu), berkata Covid-19 ini tidak bahaya, pelancong China tidak bahaya, mereka (pelancong China) yang masuk ke Malaysia itu sihat, sedangkan pada masa itu Menteri Kesihatan dan DG (Dr Noor Hisham) pun ada di sebelah,” katanya.
Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau sebaliknya menegaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mengambil alih selepas itu memberi peranan penting kepada menteri kesihatan yang baharu (Dr Adham Baba) dan Dr Noor Hisham untuk membantu kerajaan mengambil langkah membendung Covid-19 sehinggalah pandemik itu dapat dikawal.
Katanya, PH sepatutnya menyokong apa yang dilakukan oleh PN, bukan mengambil kesempatan memanipulasi kenyataan sehingga seolah-olah menunjukkan ahli parlimen kerajaan merendah-rendahkan pegawai kerajaan.
– Bernama
