Solat Selagi Nyawa Dikandung Badan, Pakcik Ini Tetap Laksana Ibadah Walau Sedang Sakit


Solat adalah tiang agama, dalam Islam mengerjakan ibadah solat adalah perkara yang wajib dilaksanakan oleh para Muslimin dan Muslimat.

Baru-baru ini, telah tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang lelaki warga emas masih lagi gigih mahu menunaikan solat walaupun dalam keadaan sakit.

Sakit macam mana pun, solat tak tinggal

Menerusi video yang dikongsikan, dapat dilihat lelaki warga emas yang sedang dirawat di hospita, berkerut-kerut wajahnya menahan ketika mahu melaksanakan solatnya.

Namun, walaupun dalam keadaan kesihatan yang kurang sihat, tidak menjadi alasan untuk dirinya tidak mengerjakan ibadah wajib tersebut.

Solat walau apa jua keadaan…

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut berasa tersentuh dengan kecekalan warga emas tetap tidak mahu meninggalkan solatnya, walaupun dalam keadaan sakit. Kebanyakkannya, mendoakan agar pakcik tersebut cepat sembuh.

Semoga cepat sembuh…

Semoga amalannya diterima…

Begitu penting sekali beramal ibadat di dunia ini selagi nyawa dikandung badan, kerana di akhirat amal itulah yang akan dihitung bukanlah kekayaan dunia.

Sumber : Penulis