Dr Zulkifli disahkan positif COVID-19, kini sedang jalani rawatan
Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri hari telah mengeluarkan satu kenyataan, mengesahkan beliau positif Covid-19.
Kenyataan tersebut dibuat menerusi akaun Facebooknya, memaklumkan kini beliau sedang menjalani rawatan selepas disahkan terkena jangkitan virus.
Dr Zul sah positif Covid-19
Malah, beliau juga menyeru agar orang ramai yang menghadiri majlis yang melibatkan kehadirannya dari 24 September hingga 4 Oktober agar menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.
Terus salur bantuan
Meskipun kini kesihatannya terjejas setelah disahkan positif Covid-19, Dr Zulkifli, menyatakan segala urusan kerja yang melibatkan bantuan amal kepada para siswazah dan fakir miskin masih akan diterukan oleh agensi-agensi agama di bawah jabatannya.
Semoga segera sembuh
Di ruangan komen, ramai yang terkejut mengenai berita tersebut, rata-rata netizen mendoakan agar Dr Zulkifli diberi kesembuhan.

Semoga dipermudahkan usuan Dr Zul

Jaga diri Dr Zul…

Sumber : Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri
