Selepas Anwar d4kwa dapat majoriti bentuk kerajaan, Ini kata-kata Tan Sri Muhyiddin..


Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mend4kwa bahawa beliau telah mempunyai s0kongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan.

Susulan itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, melalui kenyataan media sebentar tadi telah mengambil maklum mengenai perkara tersebut.

Kerajaan PN Masih Berdiri Teguh Dan Saya Masih Perdana Menteri Yang Sah – PM

Menurutnya, d4kwaan tersebut perlu dibvktikan melalui proses dan kaedah yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Tanpa melalui proses tersebut, kenyataan Datuk Seri Anwar hanyalah d4kwaan semata-mata.

“Sehinggalah dibvktikan sebaliknya, Kerajaan Perikatan Nasional masih berdiri teguh dan saya adalah Perdana Menteri yang sah.

“Saya memohon supaya rakyat bertenang menghadapi situasi ini. InsyaAllah, isu ini akan ditangani dengan baik menurut proses undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Image

Enam parti bentuk kerajaan PN kekal teguh menyokong Muhyiddin

Semua parti bekerjasama dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN) iaitu Barisan Nasional (BN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (STAR) hari ini kekal berdiri teguh menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pendirian itu disuarakan enam Setiausaha Agung dari semua parti berkenaan iaitu Tan Sri Annuar Musa (BN); Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Bersatu); Datuk Takiyuddin Hassan (Pas); Datuk Alaxander Nanta Linggi (GPS); Datuk Jahid Jahim (PBS) dan Guan Dee Kohoi (STAR) dalam satu kenyataan bersama.

Justeru, kumpulan Setiausaha Agung bagi parti-parti PN itu berkata, gabungan itu menyangkal dakwaan Presiden PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim yang k0nonnya beliau mempunyai s0kongan majoriti untuk membentuk kerajaan.

“Kenyataan beliau itu tidak lebih hanya merupakan satu lagi ulangan publisiti murahan seperti yang pernah berkali-kali dilakukan sebelum ini.

“Tindakan terbaharu beliau ini juga menyerlahkan sikap rakus dan gila kuasa beliau yang ternyata sama sekali tidak mempedulikan soal kestabilan politik dan ekonomi negara serta nasib rakyat yang terjejas teruk akibat koronavirus (Covid-19).

“Kita yakin rakyat akan bangkit menolak politik sebegini malah akan bersama-sama menyokong Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin yang sentiasa prihatin akan kebajikan rakyat,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama hari ini.

image

image

Tiada seorang Ahli Parlimen pun l0mpat – Shahidan

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim. - Foto NSTP

Dalam pada itu, di Kangar tiada seorang pun daripada 50 anggota Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) mahu mel0mpat parti.

Pengerusinya, Datuk Seri Shahidan Kassim menegaskan tiada seorang pun daripada Ahli Parlimen terbabit memaklumkan ingin mel0mpat parti kepadanya.

Menyifatkan tindakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan memperoleh s0kongan majoriti di Parlimen adalah gimik politik untuk mengganggu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Shahidan berkata, tindakan itu tidak ubah sebagai momokan dalam mempengaruhi rakyat Sabah untuk terus menyokong Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Beliau berkata, ini kerana jentera Perikatan Nasional (PN) sedang berkempen di Sabah dengan yakin untuk menukarkan kerajaan negeri agar seiring dengan Persekutuan.

“Jadi macam mana dia boleh buat d4kwaan itu, sedangkan kami (PNBBC) terdiri daripada 23 Ahli Parlimen UMNO; PAS (10); Gabungan Parti Sarawak (GPS) (10) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) (tujuh) SERTA tiada pun yang l0mpat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Shahidan berkata, d4kwaan Anwar itu tidak ubah sebagai dongeng terhadap rakyat kerana tindakan itu jelas dilakukan untuk mengganggu PRN Sabah.

“Saya yakin d4kwaan ini dibuat kerana PRN Sabah dan saya ingin maklumkan kami kerajaan sedia ada masih kukuh dan mantap. Tidak ada kerajaan yang akan tumbang,” katanya.

Anwar dalam sidang media hari ini mend4kwa mempunyai majoriti kukuh dan meyakinkan untuk membentuk kerajaan. S0kongan itu terdiri daripada pelbagai parti, namun tidak mendedahkan jumlah sebenar Ahli Parlimen yang terbabit menyatakan s0kongan terhadapnya.

GPS berdiri teguh di belakang Muhyiddin

DATUK Alexander Nanta Linggi. FOTO arkib NSTP

Di Kuching, Gabungan Parti Sarawak (GPS) menafikan sebarang kaitan dengan PKR yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan Persekutuan yang baru.

Setiausaha Agung GPS, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, gabungan empat parti Sarawak itu masih kekal memberikan s0kongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, GPS berpegang teguh kepada prinsip perlunya sebuah Kerajaan Persekutuan yang stabil demi kebaikan rakyat dan ekonomi negara.

*Ketika negara sedang berperang dengan penularan wabak Covid-19 dan fokus sepenuhnya ditumpukan dalam memulihkan ekonomi rakyat dan negara.

“Kepentingan rakyat dan negara pada ketika kita sedang menghadapi cabaran penularan wabak Covid-19 yang meragut ribuan nyawa di seluruh dunia, perlu diberi keutamaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Nanta berkata, GPS dianggotai oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (PDP) mengulangi pendirian bahawa mereka menolak sekeras-kerasnya PKR yang bersekutu dengan pihak tidak bertanggungjawab dan angkuh melemparkan tuduhan bahawa Sarawak akan bankrap di bawah kepimpinan GPS.

“Sebagai seorang ahli politik veteran dan berpengalaman, Anwar seharusnya menghentikan sebarang cubaan untuk mewujudkan ketidakstabilan di dalam negara yang hanya akan memberi kesan bvruk kepada rakyat dan ekonomi.

“Anwar harus menghentikan permainan politik tidak matang demi mencapai kepentingan dan cita-cita peribadi,” katanya.

D4kwaan Anwar hanya ‘Sindr0m September’ – Takiyuddin

Dakwaan Anwar hanya 'Sindrom September' - Takiyuddin

Dalam pada itu, Setiausaha Agong Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan d4kwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘sindrom bulan September’.

“September Syndrome… Previously 16, now 26 (Sept),” katanya ringkas menerusi satu ciapan di akaun Twitternya di sini pada Rabu.

Takiyuddin menegaskan, walau bagaimanapun kuasa kerajaan masih terletak di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Anwar dalam sidang media tergempar hari ini mend4kwa beliau mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan baharu dalam masa terdekat.

Beliau menegaskan pada saat ini kerajaan pimpinan Muhyiddin telah j4tuh.
Sumber: Muhyiddin YassinBerita HarianHarian MetroAwani