“Kita akan hantar polis…”-Amaran untuk 414 rakyat Malaysia yang masih enggan jalani saringan ke-2 C0vid-19
MENTERI Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi memberi amaran kepada rakyat Malaysia yang dikuarantin 14 hari di rumah selepas pulang dari luar negara tetapi masih belum menjalani ujian saringan C0vid-19 kali kedua.
Beliau berkata, selepas pengumuman dibuat pada minggu lalu supaya mereka tambil membuat saringan, kini tinggal seramai 414 daripada jumlah keseluruhan 1,400 orang yang diburu oleh pihak polis.
“Selepas saya umumkan mereka tampil buat saringan kedua pada hari ke-13, daripada 1,400 tinggal 600 lebih pada hari berikutnya.
“Saya difahamkan hari ini tinggal 414 orang. Sama ada mereka berdegil atau tidak tahu tentang SOP (prosedur operasi standard) tersebut.
“Saya harap 414 ini pergilah dengan segera ke klinik-klini kesihatan berdekatan atau hubungi Kementerian Kesihatan untuk melakukan saringan kesihatan buat kali kedua supaya mereka disahkan sama ada positif atau negatif,” katanya pada sidang media, petang Isnin.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan berhubung lebih 1,400 rakyat Malaysia enggan tampil mematuhi SOP menjalani saringan kali kedua pada hari ke-13 dikuarantin di rumah selepas pulang dari luar negara .
Ismail Sabri berkata, polis akan terus memburu mereka yang enggan melakukan ujian saringan kali kedua itu.
“Kalau 414 masih belum tampil, pihak polis akan datang ke rumah mereka untuk membantu mereka pergi ke klinik-klinik ke kesihatan
“Jadi kalau selesa pergi sendiri, tak perlu tunggu polis membawa mereka ke klinik-klinik kesihatan,” tambahnya.
Terdahulu, Ismail Sabri berkata, golongan itu wajib menjalani saringan kedua pada hari ke-13 selepas didapati negatif pada ujian pertama.
Jika gagal berbuat demikian, beliau berkata, mereka melanggar SOP ditetapkan serta akan dikenakan tindakan bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Amaran kepada individu baru balik overseas enggan jalani ujian saringan kedua C0vid-19 – “Kita akan hantar polis…”

Seramai lebih 1,400 masih enggan menjalani ujian saringan kedua C0vid-19.
TERDAHULU, Polis akan menjejaki seramai lebih 1,400 individu baru balik dari luar negara dan diarah menjalani kuarantin wajib di rumah tetapi enggan menjalani ujian saringan kedua C0vid-19.Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, individu-individu tersebut dianggap melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta 342.”Kalau tak lakukan saringan mereka telah langgar SOP dan tindakan boleh diambil di bawah Akta 342 yang ditetapkan.”Ada 1400 yang degil. InsyaAllah kita akan hantar polis supaya mereka jalani ujian saringan kedua,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, Rabu petang.
Justeru beliau menasihatikan golongan terbabit supaya tampil secara sukarela untuk menjalani ujian saringan kedua atau sebaliknya.
“Sama ada tunggu polis datang atau pergi sendiri ke klinik buat saringan kali kedua.
“Atau mungkin mereka call Kementerian Kesihatan (KKM) cara bagaimana nak atur saringan kali kedua tersebut,” katanya.
Menurut beliau, individu yang dibenarkan menjalani perintah kuarantin wajib di rumah perlu mematuhi beberapa SOP yang ditetapkan kerajaan.
“Walaupun kita benarkan kuarantin di rumah tapi ada SOP yang perlu mereka patuhi. Antaranya pakai wristband yang menunjukkan mereka telah diswap test dan keputusannya negatif dan membolehkan mereka balik.
“Kedua mereka tak boleh keluar rumah dan sebenarnya mereka juga tak boleh keluar bilik di dalam rumah sekali pun. Pada hari ke-13 pula mereka mesti menjalani ujian saringan kali kedua.
“Bila mereka jalani saringan kedua jika didapati negatif, kita akan potong wristband menunjukkan mereka bebas daripada gejala C0vid-19″ katanya.
Sumber: mStar
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan
