Isteri Men1ngg4l Dunia Kerana Komplikasi, Rupa Anak Kembar Seiras Ibunya
Baru baru ini, sebuah berita mengenai seorang ibu muda yang telah pergi menghadap Ilahi akibat komplikasi selepas mengandungkan anak kembar. Berita ini telah membuat ramai bersedih hati kerana anak kembar itu dilahirkan tanpa ibu.
Sudah tentunya, pemergian Siti Nur Nasuha ini memberikan tamparan hebat buat suamiya Syazwan Najmi Zulkarni yang tidak menyangkakan pemergian mengejut arwah isterinya pada ketika itu.
“Pemergian arwah Nasuha agak memang mengejutkan tapi kami reda kerana itu adalah asbab kem4tiannya dan dia men1ngg4lkan dua cahaya mata yang comel ini sebagai amanah untuk kami yang tidak akan disiakan,” katanya.

Anak membesar dengan baik
Bayi kembar perempuan pasangan ini iaitu Medina Safiya dan Medina Sofiya membesar dengan sihat dan membaik walaupun dilahirkan dengan keadaan pra-matang sekitar bulan Mac lalu. Malah, kedua-duanya dikhabarkan semakin montel dan raut wajahnya mereka mula menyerupai arwah ibu mereka.
“Pengorbanan arwah isteri menjadikan saya dapat bergelar seorang ayah dan saya tak akan sia-siakan setiap detik manis bersama si kembar kami.” Jelas bapa berusia 23 tahun ini kepada Harian Metro.

Ahli keluarga selalu datang melawat
Sejak pemergian arwah isteri tercinta, Syazwan Najmi Zulkarni menerima ziarah yang tidak putus-putus daripada ahli keluarga terdekat, setelah kerajaan memberi kebenaran untuk saling kunjung mengunjung untuk melihat keadaan si kembar.
Bahkan, ada juga pihak yang datang dan menyatakan hasrat mereka untuk mengambil bayi kembar berkenaan sebagai anak angkat mereka.
Arwah Siti Nur Nasuha Shafie menghembvs nafas terakhirnya di ICU tanpa sempat menatap dan memeluk kedua-dua anak kembarnya yang dilahirkan 31 Mac 2020.
Semoga r0h isteri beliau ditempatkan dalam kalangan orang beriman, amiinnn.
Dah baca, jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber : OMM, Harian Metro
