Sebak Kenang Jasa Frontliner, Sultan Nazrin Berdiri Tepuk Tangan Hargai Jururawat

Hari Jururawat yang disambut pada hari ini iaitu 12 Mei setiap tahun pastinya menjadi momen paing mahal buat barisan petugas KKM tersebut.
Pendemik Covid-19 yang melanda dunia tahun ini benar-benar mencabar mental dan fizikal mereka dalam menjadi barisan hadapan berjuang melawan  wabak tersebut.

Zahirkan penghargaan

Walaupun tiada sambutan khusus yang dilakukan pada hari ini, pastinya negara amat menghargai jasa serta bakti yang ditabur oleh mereka hingga ke saat ini.
Oleh hal yang demikian, Sultan Perak iaitu Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah telah berdiri dan menepuk tangan sebagai tanda penghargaan buat para jururawat.
SULTAN PERAK SEBAK DAN BERDIRI TANDA TERIMA KASIH KEPADA BARISAN HADAPAN. Sultan Perak terkenal dengan kebijaksanaan dan budi pekerti baginda yang sangat tinggi. Semoga semua warga Perak mencontohi baginda. Terima kasih frontliners 👏 @WeArePerakians @iloveyouIPOH @MohKeIpoh
2,057 people are talking about this

Berdiri beri tepukan

Video tersebut tular di Twitter memeperlihatkan baginda berdiri sambil bertitah menghargai segala penat lelah yang dilakukan oleh frontliner ketika ini serta mengajak dewan parlimen sama-sama berdiri meberikan pernghargaan buat jururawat.

“Kepada petugas yang membuktikan semangat kerja dan pengorbanan yang tinggi atas nama negara demi kepentingan negara. Sebagai penghargaan, marilah kita sama-sama berdiri untuk berikan tepukan kepada wira-wira negara.”

Dalam titah yang disampaikan oleh baginda juga, dapat didengar dengan jelas suara Sultan Nazrin sedikit bergetar seakan menahan sebak kerana begitu menghargai setiap pengorbanan frontliner kita.
Baginda turut berdoa agar diberikan kesejahteraan dan kemakmuran buat seluruh rakyat serta negara Malaysia.

“Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kebahagian, keamanan dan kemakmuran kepada rakyat dan negeri.“