Subhanallah! Kematian Yang Dicemburui. Penggali Kubur Dedah Keadaan Kubur Ustazah Shadiya Abbas Yang Pelik
Mengesahkan perkara itu menerusi satu posting di Facebook pada Isnin, Mohd Khairul berkata keputusan berkenaan dimaklumkan selepas pihak hospital melakukan dua kali ujian terhadap jenaazah isterinya.
Menurut Mohd Khairul, jenaazah isterinya akan dibawa pulang ke Masjid Puncak Alam, Selangor untuk urusan pengebumian yang hanya akan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.

“Insya-Allah jenaazah akan dibawa balik ke Masjid Puncak Alam untuk dimandikan, dikafankan dan disolatkan selepas solat Zohor. Disemadikan di Tanah Perkubvran Felda Bukit Cherakah Puncak Alam.
“Maaf jika saya katakan tuan/puan tak perlu hadir. Hanya doa yang kami pinta agar arwah diampunkan segala dosanya dan ditempatkan bersama para solihin.
“Pihak polis hanya membenarkan keluarga terdekat saja untuk uruskan jenaazah. Digalakkan buat solat jenazaah ghaib. Ampun maaf,” tulisnya lagi.
Syukur semua dipermudahkan.

Alhamdulillah.. Selesailah sudah urusan pengkebumian jenaazah buah hati dan bidadari saya petang tadi jam 4.00petang di Tanah Perkvburan Puncak Alam. Segalanya dipermudahkan Allah..
Urusan mandikan jenaazah mu sayang dilakukan oleh ibumu, adik beradik perempuanmu, anak² lelakimu dan anak muridmu yang menawarkan diri untuk berkhidmat untukmu sayang. Abang ambil peluang ini untuk memandikanmu buat kali terakhir. Masih ingat lagi 2 hari sebelum sayang meninggalkan abg, sayang mandikan abg.
Sayang.. Abg imamkan solat untukmu. Sebelum ni sayang berada di belakang sebagai makmum, tapi kali ini sayang di depan abg. Bukan sebagai imam tetapi sebagai jenaazah. Sayang..
Sayang bertuah kerana dihadiahkan Allah kubvr yang indah dan liang lahad yang cantik. Abang perasan hal itu ketika hendak memasukkan mu dalam liang lahad, dalam hati abg menyebut, cantik sungguh liang lahad ini.
LANTAI KUBvR SEJUK SEPERTI MAR MAR

Abg bersembang dengan penggali kvbur dan petugas pengurusan jenaazah, mereka akui kubvr itu paling cantik mereka lihat, kata mereka dalam kubvr kalau pakai kasut bot pun terasa sejuk, seolah² lantainya dari mar mar.. Kata mereka, bakal kubvr siapakah ini. Ternyata sayang adalah pemiliknya. Semoga saya berada dalam rahmat Allah
Sayang..damailah engkau di sana, abg redha dengan pemergiaanmu. Sayang telah sempurna melaksanakan tugas sebagai seorang isteri, ibu, anak, guru dan sahabat. Insyaallah kita bertemu nanti di alam barzakh, padang mahsyar dan sama-sama masuk syurga.
Terima kasih kepada semua yang membantu urusan jenaazah, bantu sediakan makanan, memberi sumbangan, berkongsi perasaan dan mendoakan arwah bidadari saya, jika ada dosanya, mohon ampunkan. Jika ada hutang arwah pada kalian, maklumkan pada saya.
Jom kita sama² baca doa ini, اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها
Jom kita sama² baca doa ini, اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها
Dalam pada itu, anak sulung pasangan berkenaan, Ahmad Al Fateh turut menulis coretan di Facebook meluahkan rasa sedih atas pemergian ibunya.
ANAK LUAHKAN PERASAAN SEDIH

“Mama, tahun lepas raya 2019 tapi raya tahun ni (2020) dah tak ada peluang untuk mama suapkan saya. Mama masak sedap-sedap.
“Mama la mama yang paling terbaik. Tak sempat saya nak peluk mama, salam mama, cium pipi mama. Ya Allah… 5/4/2020 mama dah tinggalkan family kita,” tulisnya.
Remaja berusia 16 tahun itu juga berkongsi betapa arwah ibunya sentiasa sentiasa mendoakannya agar menjadi seorang penghafaz Al-Quran.
“Terima kasih mama sebab jadi mama saya. Mama dah buat macam-macam yang saya nak. Saya doakan mama agar mama diampunkan dosa, dan saya doakan agar dimasukkan ke syurga firdaus. Assalamualaikum mama. Insya-Allah kita akan bertemu di syurga. Tunggu saya tau ma?,” tulisnya pada posting berkenaan.
kredit ceritaa
