Rajin baca al-Quran, anak Rita Rudaini imamkan solat terawih

Pelakon jelita Rita Rudaini berkongsi swafoto bersama dua putera kesayangannya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna selepas selesai menunaikan solat sunat terawih pertama malam tadi.
Menerusi laman Instagram, pelakon berusia 44 tahun itu bersyukur apabila masih diberi peluang untuk beribadah dan berharap agar umat Islam mendapat keberkatan daripada Allah SWT.